Menu

QDF PARADIGM ENT. (NS0120280-A)

Consultant Kedai RM2

header photo

ABOUT US

Consultant Kedai RM2, Pemborong Batik Pelikat dan Promoter Tapak Niaga

CONTACT US

0166243287 

tuksidang@gmail.com

LATITUDE / LONGITUDE

2.741153,101.972377

ADDRESS

347 B, Jalan Palas 15,

Taman Desa Permai, Sikamat,

70400 Seremban, N.Sembilan

LOKASI KAMI

Loading...

Directions

SYARAT DAN TERMA PEMBELIAN BORONG BARANG RM2

 

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT PESANAN

 

1.    Isi borang tempahan di dalam website www.qparadigm.com.my. Sila letak no ID agent jika anda berurusan dengan agent kami. Kosongkan jika anda berurusan terus dengan pihak syarikat.

2.   Kami akan email official quotation kepada anda. Tunggu sehingga anda mendapatkan quotation daripada kami sebelum membuat bayaran.

3.      Quotation yang kami sediakan berdasarkan stok barang yang ada pada masa tersebut. Pihak kami BERHAK menukar dengan barang lain jika tiada stok selepas anda membuat pembayaran.

4.      Ada warranty tukar barang jika anda tidak berpuas hati dengan barang yang kami beri @ barang tersebut tidak terjual. Jadi jangan risau jika barang yang anda terima berlainan dengan quotation yang kami email.

5. Buat pembayaran ke akaun CIMB syarikat seperti yang dinyatakan. Kami tidak akan bertanggungjawab jika anda menggunakan akaun selain yang ada dalam quotation dan wang tidak sampai kepada kami.

6.   Apabila anda membuat pembayaran, pihak kami beranggapan anda telah SETUJU berurusan dengan kami mengikut tatacara dan syarat syarat yang kami tetapkan. Jadi sebarang pertikaian / tarik diri / minta refund tidak akan di layan. Sila baca syarat dan terma ini dengan lengkap sebelum membuat pembayaran.

7.      Tunggu pengesahan bayaran dan maklumat penghantaran (tracking number) daripada kami.

8.      Barang akan sampai kepada anda melalui Pos Malaysia / Lori / Van.

9.    Jangka masa penghantaran dalam 14 hari bekerja tetapi kadang kadang terlewat bila kami proses order yang banyak. Jadi rancang betul- betul tempahan anda dan berbincang dengan pihak kami. 

10.  Untuk pembelian barang bernilai RM2000 ke atas mengikut pakej, penghantaran adalah PERCUMA sekitar semenanjung. Walau bagaimanapun, pihak kami TIDAK AKAN menanggung sebarang kos jika anda datang ambil sendiri barang di kedai kami.

 

KAEDAH PEMBAYARAN

 

1.      Setiap bayaran perlu dibuat untuk ke account seperti tertera dibawah :

 

8601059927 - QDF PARADIGM ENTERPRISE (CIMB)

 

2.      Setelah anda membuat bayaran, sms @ hubungi kami ditalian 016-6243287

3.      Sila nyatakan nama dan alamat penghantaran didalam sms anda.

4.      Sila pastikan nama penerima adalah betul sebelum mengesahkan transaksi anda.

5.      Anda dinasihatkan fotostat slip bank anda untuk pengesahan pembayaran.

6.   Anda juga dinasihatkan untuk email salinan slip bank untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Emailkan ke : tuksidang@gmail.com atau pos ke alamat office kami di QDF Paradigm Enterprise, 347B, Jalan Palas 15, Taman Desa Permai, Sikamat,70400 Seremban, N.Sembilan

 

WARRANTY

 

Kepada semua pelanggan kami yg di hormati,

Apabila anda membeli barang serbaneka dari kami, kami akan beri anda 2 jenis warranty.

 

Warranty seminggu - jika ada barang-barang yang rosak semasa penghantaran, anda boleh pulangkan kepada kami dan kami akan ganti yang baru.

 

a.  Kos penghantaran pengiriman barang tersebut kepada kami dan kos penghantaran semula kepada anda, di tanggung sepenuhnya oleh pihak anda. Kos penghantaran yang percuma hanya semasa penghantaran yang pertama sahaja (jika pembelian RM2000 ke atas). Anggaran kos penghantaran adalah RM0.10 bagi setiap barang.

b.   Jika anda datang ambil sendiri barang di kedai kami, tiada warranty di berikan memandangkan kerosakan berlaku di sebabkan kecuaian di pihak anda.

c.       Warranty bermula 7 hari dari barang sampai ke tangan anda.

d.    Anda boleh pilih untuk dapatkan tukaran barang yang sama ataupun barang lain. Anda boleh pilih barang yang ada dalam katalog kami sahaja. Namun tukaran ini bergantung juga pada stok. Jika tiada stok tukaran, pertukaran akan lewat memandangkan pihak kami kena order barang terlebih dahulu. Melainkan anda ambil apa sahaja stok yang ada di kedai kami. Boleh dapat on the spot.

e.      Untuk urusan warranty ini, pihak kami hanya akan berurusan dengan pembeli asal, bukan ahli keluarga pembeli, saudara mara ataupun staff.

f.        Barang yang rosak MESTI DI PULANGKAN terlebih dahulu sebelum kami proses untuk di tukar dengan yang lain.

 

Warranty 3 bulan - jika ada barang-barang yang tak boleh di jual, anda boleh tukarkan dengan barang lain yang ada dalam katalog kami.

 

a.      Warranty ini sah utk anda yang barang-barang nya di pilihkan oleh pihak kami (beli ikut pakej).  Jika anda pilih sendiri barang-barang (beli ikut katalog), tiada warranty akan di beri.

b.    Warranty bermula selepas 7 hari sehingga 90 hari barang sampai ke tangan anda . Bukan hari ni sampai terus nak tukar barang. Ataupun barang belum sampai semua dah nak tukar barang.

c.   Pihak kami tidak akan menerima sebarang penukaran jika warranty telah tamat tempoh walaupun sehari.

d.  Kos penghantaran untuk pemulangan barang dan pengiriman semula barang di tanggung oleh anda. Anggaran kos penghantaran adalah RM0.10 satu barang. Kami tidak akan ke premis anda untuk ambil barang atau hantar barang tersebut.

e.      Hanya 1 kali penukaran barang sahaja di benarkan.

f.     Anda boleh pilih untuk dapatkan tukaran barang yang sama ataupun barang lain. Anda boleh pilih barang yang ada dalam katalog kami sahaja. Namun tukaran ini bergantung juga pada stok. Jika tiada stok tukaran, pertukaran akan lewat memandangkan pihak kami kena order barang terlebih dahulu. Melainkan anda ambil apa sahaja stok yang ada di kedai kami. Boleh dapat on the spot.

g.     Untuk urusan warranty ini, pihak kami hanya akan berurusan dengan pembeli asal, bukan ahli keluarga pembeli, saudara mara ataupun staff

h.    Barang yang hendak di tukar mestilah dalam keadaan asal dan baik seperti mana awal2 kami beri dahulu kepada anda. (Bukan dalam keadaan telah di repack, kotor, rosak dan lusuh). Kami berhak untuk tidak menerima tukaran barang yang bukan dalam keadaan baik seperti asal.

i.      Kami berhak untuk menolak penukaran barang yang kami dapati bukan dari syarikat kami (beli dari orang lain tapi hendak di tukar dengan kami).

 

MAKLUMAN PENTING!

 

1.     Barang – barang yang kami bekalkan TIDAK SAMA dengan barang – barang dari kedai RM2 lain seperti ECO SHOP, DIY dan lain – lain. Sila rujuk gambar di katalog untuk kepastian. Jika anda inginkan barang seperti di kedai lain, sila berurusan dengan kedai tersebut untuk urusan pembelian borong. Jadi kami tidak akan melayan isu tidak puas hati sebab tak sama dengan barang2 di kedai lain.

2.     Barang yang kami sediakan memang boleh di jual dengan harga RM2. Jika anda packing sendiri barang yang kami telah sediakan dengan alasan ingin bersaing dengan kedai lain, kami tidak bertanggungjawab atas kerugian anda.

3.      Semua barang yang kami bekalkan cukup dari segi kuantiti nya dan telah di periksa beberapa kali sebelum di hantar. Semua barang di tanda mengikut list. Tidak timbul isu kami beri barang TIDAK CUKUP sepanjang kami beroperasi dari 2009. Periksa betul2 kuantiti barang mengikut list yang kami telah sediakan. Jika anda tidak pasti nama barang, kira jumlah keseluruhan barang. Jumlah nya pasti sama dengan quotation asal yang kami beri.

4.    Untuk penghantaran barang menggunakan lori, kami menggunakan khidmat syarikat kurier lori yang mana dalam satu lori ada banyak barang orang lain turut sama, bukan barang anda sahaja. Jadi penghantaran akan ambil masa 3-4 hari, bukan hari ni hantar esok sampai.

5.     Ada sesetengah kawasan lori tidak dapat masuk hantar ke depan premis anda. Jadi barang anda akan di tempatkan di store yang berhampiran. Anda kena datang ambil di store tersebut. Biasanya kawasan yang terlibat di sebelah utara.

6. Untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak, kami menggunakan khidmat Pos Malaysia sepenuhnya. Penghantaran menggunakan udara dan mengambil masa 7-14 hari untuk sampai. Kos di tanggung sepenuhnya oleh pembeli. Ada kes terjadi di mana kotak di geledah, koyak dan barang berterabur bila sampai ke pembeli. Bila siasatan dan aduan di lakukan, menurut Pos Malaysia kotak di geledah oleh pihak kastam untuk mengesan penyeludupan barang terlarang. Ini di luar bidang kuasa kami dan sekiranya ada barang yang hilang, kami akan gantikan semula dengan yang lain.

7.     Harga barang yang kami beri adalah harga purata RM1.20 satu barang. Maksudnya ada barang murah kami jual mahal dan ada barang mahal kami jual murah. Ada barang kami rugi dan kami cover kerugian tu pada barang lain. Contoh seperti penyapu, selipar, barang2 plastik. Jadi untuk pembelian ulangan barang2 mahal, memang kami tak dapat penuhi sebab barang tersebut datang dengan harga lebih RM1.20. Melainkan anda buat pembelian ulangan dalam jumlah besar seperti RM2000 ke atas yang mana kami boleh tampung kerugian tersebut pada barang2 lain.

8.      Jika anda tidak ingin berniaga lagi dan ingin lelong barang, hubungi kami kerana kami sudi untuk mengambil semua stok tersebut. Harga bergantung pada keadaan barang sebab ada keadaan kami terpaksa menukar packaging barang dan ada yang terus kami jual dengan harga lusuh. Menukar packaging maksudnya ada kos tambahan yang terlibat. Harga yang kami tawarkan untuk barang lelong antara RM0.40 ke RM0.80 satu barang.

9.      Semua makluman penting di atas adalah masalah berbangkit yang berulang kali terjadi walaupun penerangan melalui mulut telah di berikan. Jadi saya harap dengan penerangan bertulis ini tidak ada lagi masalah sebegini akan berulang. Anda berhak untuk menolak berurusan dengan kami jika tidak bersetuju dengan apa yang di nyatakan. Dan kami juga beranggapan anda bersetuju dan telah memahami apa juga syarat dan terma di atas jika meneruskan urusan jual beli dengan kami. Jadi sebarang pertikaian selepas itu dalam masalah yang sama TIDAK AKAN DI LAYAN.

 

ARAHAN SEMASA PROSES TERIMA BARANG YANG ANDA MESTI IKUTI

 

(Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian jika tidak mengikuti arahan ini)

 

  1. Dalam kotak penghantaran, kami ada sertakan list barang yang kami hantar beserta kuantiti.
  2. Dalam list itu juga ada no barang. Contoh list A barang no 1,2 dan seterusnya.
  3. No ini ada di tampal di barang yang kami packing untuk memudahkan anda semak (tampal pakai masking tape)
  4. Di list itu juga ada no kotak jadi anda tahu barang berada di kotak mana.
  5. Semasa barang turun dari lori, ini arahan yang anda mesti patuhi

 

* Semak kuantiti barang yang anda terima mesti sama dengan jumlah barang yang kami hantar

* Semak alamat di kotak mesti ada nama anda.

* Jangan terima barang alamat lain jika lori salah turun barang.

* Jangan sign terima jika jumlah tidak cukup.

* Bila barang sudah turun, alamat semua sama, jumlah cukup baru bayar duit lori (duit lori boleh claim pada kami kemudian)

 

  1. Barang yang kami hantar biasanya kami ikat dua. Kami akan bgtahu jumlah sebelum ikat.
  2. Barang yang kami packing telah di periksa 2 kali sebelum penghantaran. Satu semakan di store dan yg ke 2 semakan di pejabat kami. Jadi mustahil barang dalam list yang telah di packing hilang melainkan hilang semasa penghantaran.
  3. Sekiranya berlaku kehilangan, maklumkan pada saya secepat mungkin untuk saya kesan barang tersebut.
  4. Syarikat kurier lori yang saya gunakan beroperasi di Kuala Lumpur sedangkan saya di Seremban. Jadi proses mengesan barang akan ambil masa.
  5. Nyatakan nama barang yang hilang dan kotak no berapa untuk memudahkan proses pengesanan.
  6. Barang yang rosak semasa penghantaran boleh di tukar baru. Anda wasapp saya 0166243287 gambar barang yang rosak tersebut dan return barang ke alamat saya untuk saya pulangkan ke store. Jika tak nak barang tu urgent, anda boleh pulangkan sekali semasa anda claim warranty tukar barang yang 3 bulan tu.
  7. Sekali lagi kami tegaskan yang kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian jika anda tidak mengikuti arahan di atas.

 

** Bila anda dah sign terima tapi barang tak cukup, anda pula  dah bayar duit lori sangat SUSAH untuk minta kerjasama syarikat kurier lori bila barang hilang.

** Bila anda terima barang orang lain tanpa check alamat, anda pula dah buka kotak dan display barang sangat SUSAH sebab kena packing semula dan return barang.

** Bila anda tidak check barang ikut list, ikut no dan ikut no pada kotak sangat SUSAH untuk trace barang yang hilang. Sebab anda tidak kenal nama barang seperti kami.

** Masalah ini SERING terjadi pada customer kami. Jadi kami nak elakkan anda SUSAH dan ada boleh berniaga dengan senang hati.

** Prosuder ini terpakai untuk mana2 supplier sekalipun. Praktis kan amalan ini untuk elakkan anda tertipu.